Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
 ABDULLAH SIJIN dalam kenangan... 

Pada hari rabu bersamaan 27 Jun 2012 jam 9.45 malam perginya seorang sahabat ke rahmatullah...Semoga rohnya diberkati dan di dalam peliharaan Allah s.w.t selalu. Aku pernah bekerja dengannya hampir setahun sebelum arwah berpindah ke PKG Gemas kerana lebih berhampiran dengan tempat tinggalnya...Arwah seorang yang pendiam tetapi apabila kena dengan topiknya, boleh bercerita lama juga...Sangat suka dengan fotografi...apa saja yang menarik minatnya akan menjadi mangsa kepada lensa kameranya...Dalam usia hampir 49 tahun, arwah telah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak... Disemadikan di tanah kelahirannya Melaka...semoga keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan ini...

No comments:

Post a Comment