Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Hari ini , semalam dan kelmarin.....

Hmmmm.....dah lama aku x masuk dalam blog ni...terlalu bz hinggakan aku terasa kelelahan...biarpun hati penuh kewalahan tetapi apabila memandang kelibat si Danish, rase semua kelelahan dan kewalahan itu terbang melayang...itulah hikmahnya bila kita dikelilingi oleh permata hati..


Hari ini aku tak kemana-mana..hanya di ofis sahaja..terasa nikmatnya apabila dapat duduk rehat di bilik ofisku...

Semalam umurku genap 39 tahun..sedang sibuk berbengkel tiba-tiba terdengar riuh rendah..rupa2nya sahabatku Anita sedang menatang sebiji kek sebagai tanda meraikan ulang tahun kelahiran ku...terima kasih teman...

Kelmarin dulu hari2 ku dipenuhi dengan kursus dan bengkel...habis saja karnival ICT daerah pada petang itu, terus sahaja aku bergerak ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang untuk menghadiri pula kursus pemantapan borang pemantauan pembestarian pendidikan...

Minggu depan bermula pula lawatan bimbingan PSS dan Pemantauan ICT ke sekolah ahli...

No comments:

Post a Comment