Hmmm....betapa syahdunya hati ini apabila anakku begitu fasih memanggilku 'nda', singkatan dari panggilan bonda...selama hari ini apa yang meniti di bibirnya semasa memanggilku ialah mama, kadangkala mak....alhamdulillah...berkat kesabaranku akhirnya dapat jua aku mendengar panggilan bonda itu....
Itu adalah sebahagian daripada kejutan-kejutan yang aku terima pada bulan julai ini..selain itu, aku telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2010 pada 16 julai yang lalu...terima kasih ya Allah..ini adalah kali kedua aku menerimanya di sepanjang perkhidmatanku yang telah pun menjangkau 16 tahun..terasa seperti baru semalam aku mendaftarkan diri di tempat kerjaku yang dulu...
Bersyukur aku padaMu ya Allah...dalam bulan ini juga aku dapat membawa anak dan suamiku yang teringin sangat menaikki kapal terbang...kebetulan ofisku ada membuat lawatan ke Sarawak selama 4 hari bermula 7 julai hingga 10 julai..terlihat wajah kepuasan suami dan anakku...
Sesungguhnya julai dan Syaaban ini banyak kenangan manis buatku dan keluarga...
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment